
Jun 2025M
Di antara aktiviti anak anak YKSNS bagi Bulan Jun 2025M adalah seperti berikut:
Sambutan Hari Raya Idul Adha
Solat Hari Raya di Masjid Tok Muar ,Jamuan Hari Raya untuk anak anak dan kemudiannya ziarah Makam.
Hari Raya Kedua
Ibadah Qurban di Vet kemudian agihan di YKSNS. Selanjutnya Jamuan Makan Tengah hari
Kelas Bahasa Inggeris setiap minggu sharing insane daripada Puan Nazlee binti Yahaya. Beliau secara sukarelawan mengendalikan KELAS Bahasa Inggeris. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan Satu jam.
Dalam bulan ini juga ada peperiksaan Sumatif Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Pentaksiran ini berlangsung antara 11 Jun 2025 hingga 18 Jun 2025M.
Selain itu, ada program Sambutan Hari Lahir Kanak kanak bagi Bulan Jun.
Aktiviti Rutin persekolahan, kelas Tambahan, riadah atau bersukan, aktiviti menggunakan tablet dan komputer. Membiasakan kanak kanak dengan AI terutama Chat Gpt.
Aktiviti Masjid Solat 5 waktu dan Yassin Tahlil Harian menjadi keutamaan.
Di atas aktiviti melibatkan kanak kanak, manakala aktiviti petugas dan sukarelawan adalah menyediakan asrama sebagai Persekitaran yang kondusif untuk penginapan, penyediaan Makanan, ruin semakkan kesihatan dan Kebajikan, coaching home work, usaha pencarian Dana dan Penyumbang termasuk sukarelawan.
Infaq masa dan tenaga baki juga diperlukan kerana kekurangan staff waktu ini.
Sumbangan atau penajaan diperlukan boleh disalurkan melalui MBB 5550 2305 3553 dan watsup 017-637 4263 utk Resit. Bagi yang ingin menyumbang tenaga atau kemahiran hubungi 017-637 4263 atau 06 4831888.
Hingga bertemu lagi Salam hormati daripada Pengurusan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan