Majlis Iftar Ramadan bersama Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan pada 13 Mac 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan, keberkatan dan suasana kekeluargaan.
Yayasan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua tetamu kehormat dan pihak yang telah hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran para tetamu bukan sahaja menyerikan majlis, malah membawa kegembiraan yang amat besar kepada anak-anak di bawah jagaan yayasan.
Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Dato' Halim, Dato' Aziah, YB Zunita Binti Kamaludin, wakil daripada pihak Polis, wakil Pejabat Daerah, PIUSBA, para guru, serta semua pihak yang sentiasa menyokong usaha kebajikan yayasan ini.
Tidak dilupakan juga penghargaan kepada owner dan crew Restoran Ayam Pak Sheikh, serta para jururawat daripada CMH Dialysis Kuala Pilah yang turut hadir berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yayasan.
Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan semua telah menceriakan suasana dan memberikan kenangan yang amat bermakna kepada anak-anak Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Semoga segala kebaikan, sokongan dan keprihatinan yang diberikan menjadi amal kebajikan yang diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga kita terus dipertemukan dalam majlis-majlis yang penuh keberkatan pada masa akan datang. ????✨