• Main
  • News

Kerja-kerja Baikpulih Lantai Dewan Utama Yksns Sedang Dilakukan.



Kerja-kerja baikpulih lantai Dewan Utama YKSNS sedang dilakukan.

YKSNS memerlukan anggaran sebanyak RM10,000.00 untuk baikpulih lantai dewan yang telah tertanggal. Perkara ini jika dibiarkan terlalu lama akan mendatangkan mudarat kepada anak-anak YKSNS dari segi keselamatan terutamanya. Hal ini kerana, Dewan Utama ini merupakan tempat ruang makan dan dewan aktiviti bagi anak-anak YKSNS.

Memandangkan cuti sekolah penggal pertama sudah makin hampir, akan ada banyak aktiviti dan program yang melibatkan penggunaan Dewan Utama YKSNS. Oleh itu, kami membuka ruang kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan mahupun infaq untuk baikpulih lantai Dewan Utama bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada anak-anak sepanjang cuti sekolah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan di:
5550 2305 3553
Maybank
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

Segala sumbangan didahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih.


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.