
Sambutan Ambang Kemerdekaan hari ketiga
Alhamdulillah pada 30 Ogos 2023 telah berlangsung sambutan Ambang Kemerdekaan. Dan antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah
1. Tayangan Perdana Kemerdekaan: Leftenan Adnan
2. Perbentangan hasil dapatan tayangan kemerdekaan.
3. Majlis Penutup Ambang Kemerdekaan
Hasil 3 hari majlis, kumpulan Tun Fatimah yang diwakili oleh semua pelajar perempuan mendapat no 3. Kumpulan Mat Kilau yang diwakili oleh sebahagian pelajar lelaki mendapat no 2 dan kumpulan Tok Janggut mendapat tempat pertama. Bukan itu sahaja, Qaseh Aleeya juga dinobatkan sebagai Unsung Heroin kerana merupakan antara peserta yang aktif dan sanggup berkorban demi kumpulan.
Tahniah semua anak-anak Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.
Untuk sebarang sumbangan, boleh disalurkan melalui:
Maybank
5550 2305 3553
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan