• Main
  • News

Yksns Agen Perubahan Sosial

Yksns Agen Perubahan Sosial

YKSNS Agen Perubahan Sosial

Antara peranan YKSNS sebagai agen perubahan Sosial ialah pengupayaan kanak kanak dalam membina citra warna kehidupan semasa.

Antara fokus area kami ialah

a) pengupayaan perubahan diri melalui pendidikan

b) menerajui ketrampilan diri melalui ibadah khusus

c) menginsafi fleksibliti kehidupan berkeluarga seawal usia muda - melentur buluh daripada rebungnya

d) membina network jaringan kebajikan dsripada umat Islam

Institusi ini telah dan akan menjadi tunjang dan asas kepada pemangkin kepada kehidupan berkasih sayang antara jamaah Islam.

Sumbangan ikhlas daripada tuan/ puan selama ini telah memberi kekuatan kepada pencapaian matlamat dalam menunaikan visi dan misi YKSNS.

Memberi semata mata utk mengapai keredhaan Allah swt adalah amalan ikhlas utk menyatakan Kesyukuran hamba kepada Penciora. Ke ikhlas an amalan ganjaran nya hanya di sisi Allah swt.

Dalam tempoh 21 lalu, sudah ada pencapaian sesuai dan seiring dgn kemampuan kita yg kecil ini. YKSNS telah mempunyai alumni di bidang kejuruteraan, perakaunan, perubatan dan kedoktoran, amalan guaman, guru, juru teknik, perkomputeraan, perguruan dan pendidikan, kemahiran pembuatan, usahawan dan pelbagai bidang.

Semua kejayaan individu individu ini membuktikan usaha mereka atas peluang dalam kehidupan dan sedikit peranan YKSNS sebagai support group. Kejayaan mereka berdikari menunjukkan setiap drp kita mampu menjadi diri sebagai aset utk membangunkan potensi diri dalam komuniti.

Dana Zakat dan hibah harus disalurkan kepada mana mana institusi yg berdaya saing utk memikul pertanggungjawaban dan membuktikan hasil kemenjadian fungsi mereka dalam Masyarakat.

Memberi makan dan minum adalah aspek asas dalam kehidupan. Mereka yg dilimpahkan rezeki lebih menyatakan Kesyukuran sambil berkongsi rezeki bersama yg memerlukan tentu mendapat pandangan Allah swt.

Bumi mana yg tidak ditimpa hujan, cabaran dan ujian adalah pancaroba dan likuan hidup. Setiap cabaran adalah ruang dan peluang utk kita koreksi diri. Kalau yg rosak itu tayar, jangan kita musnahkan kereta. Berpersepsi seolah olah hampir tiada org Islam yg baik adalah merugikan. Umpama naik dan duduk atas pokok sambil tebang pokok tersebut pada jangkanya merugikan umat Islam, macam hampir pupus org berintergriti di muka bumi ini pada hal masih ramai insan insan berkualiti yg dinafikan peluangnya.

Marilah kita memberi nafas baru kepada industri kebajikan supaya berjiwa merdeka dalam mencipta citra warna kehidupan.

Setiap itu bermula dengan sumbangan anda.

Maybank
555023053553

Sokong YKSNS untuk membina hari muka yg Cemerlang. Utk info lanjut watsup 0176374263 atau hubungi 06 4831 888 atau email [email protected]


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.