PERKEMBANGAN KERJA-KERJA BAIK PULIH
ASRAMA PUTRI YAYASAN KASIH SAYANG NEGERI SEMBILAN
Tarikh Kemaskini: 7hb Disember 2025M
Kerja Baik Pulih Bermula: 29 November 2025M
Dengan hormatnya, laporan perkembangan ini dikemukakan untuk makluman para penyumbang yang telah membantu meringankan beban YKSNS dalam memastikan keselamatan dan keselesaan Asrama Putri dapat dipulihkan dengan segera.
1. Persetujuan & Permulaan Kerja
Pasukan tukang telah memberi persetujuan untuk memulakan kerja baik pulih pada 29 November 2025.
Skop baik pulih yang diluluskan melibatkan:
Baik pulih atap, kekuda, dan dinding/tembok.
Kerja struktur dan kemasan dalaman.
2. Kerja-Kerja Yang Telah Dilaksanakan
a. Pembukaan & Pemasangan Semula
Membuka atap lama yang rosak.
Memasang atap baharu, termasuk kerja-kerja:
Siling baharu
Kekuda yang diganti / diperbaiki
Pemeriksaan struktur sokongan telah dilakukan.
b. Kerja Dinding
Dinding yang retak telah diperkemaskan dan disimen semula (plastering).
c. Laluan Air & Saliran
Membina laluan air (parit kecil) bagi mengalirkan air hujan dengan lebih teratur.
Memasang saluran air menggunakan paip PVC bagi mengalirkan air dari bumbung terus ke parit.
Penambahbaikan ini bertujuan mengelakkan takungan air yang sebelum ini menjadi punca kerosakan.
3. Status Semasa (On Progress)
Kerja-kerja baik pulih masih berjalan.
Proses sedikit terganggu akibat hujan berterusan sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Kontraktor memaklumkan bahawa kerja akan dipercepatkan apabila cuaca mengizinkan.
4. Penutup
Pihak Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan amat menghargai sumbangan dan keprihatinan para penyumbang sekalian.
Setiap bantuan yang diberikan telah membantu mempercepat baik pulih asrama demi keselamatan dan keselesaan anak-anak jagaan kami.
Semoga segala kebaikan tuan/puan diganjari keberkatan dan pahala berpanjangan.