• Main
  • News



???? ALHAMDULILLAH — HARI PERTAMA BERBUKA PUASA RAMADHAN 1447H

Syukur ke hadrat Allah SWT, majlis berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan telah berjalan dengan lancar dan penuh kegembiraan.
Anak-anak sangat teruja dan gembira dapat menikmati juadah berbuka hasil tajaan daripada para penyumbang yang budiman. Senyuman mereka hari ini adalah kerana keprihatinan dan kasih sayang tuan/puan semua.
Pihak Yayasan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penaja hari pertama berbuka puasa. Semoga setiap sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal soleh dan digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.
Doa kami agar para penyumbang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki serta diberkati kehidupan di dunia dan akhirat ????
Bagi yang ingin turut sama merebut pahala memberi makan orang berpuasa, peluang tajaan masih dibuka sepanjang bulan Ramadhan.
#TerimaKasihPenyumbang #Ramadhan1447H #IftarAnakYatim #YayasanKasihSayangNS #BerkongsiRezeki


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.