• Main
  • News

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi Kesyukuran Dipanjatkan Ke Hadrat Allah Swt

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi Kesyukuran Dipanjatkan Ke Hadrat Allah Swt

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas peluang yang sangat bermakna buat anak-anak di bawah naungan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Dato’ Haji Mohd Sidek dan Dato’ Nor Aziah atas keprihatinan serta kemurahan hati membawa anak-anak Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan membeli baju raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak apabila mereka diberi peluang memilih pakaian raya sendiri. Detik ni bukan sahaja memberikan mereka baju baharu, tetapi juga menghadirkan rasa dihargai, disayangi dan diraikan seperti anak-anak yang lain.

Tidak terhenti di situ, mereka juga telah menaja majlis berbuka puasa (iftar) untuk anak-anak yayasan. Sumbangan ini amat bermakna dalam memeriahkan bulan Ramadan serta mengeratkan lagi ukhuwah antara semua yang terlibat.

Sesungguhnya, keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Dato’ berdua menjadi inspirasi kepada kami semua untuk terus berbakti kepada masyarakat, khususnya kepada anak-anak yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Semoga segala kebaikan, sumbangan dan keikhlasan ini dikurniakan ganjaran berlipat kali ganda oleh Allah SWT, serta diberkati dengan kesihatan, rezeki yang melimpah dan kehidupan yang penuh rahmat.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan dan sokongan berterusan kepada Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan.

#YayasanKasihSayangNegeriSembilan
#RamadanBerkat
#BajuRayaAnakYayasan
#SyukurAlhamdulillah


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.