• Main
  • News

Sepanjang Perjalanan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (yksns)

Sepanjang Perjalanan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (yksns)

Sepanjang perjalanan Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) sejak tahun 2003, saya menyedari satu hakikat yang amat menyentuh hati. Apabila seseorang memilih untuk menjadi staf atau sukarelawan YKSNS, sebenarnya yang turut berkhidmat bukan beliau seorang, tetapi seluruh keluarganya.

Suami atau isteri terpaksa berkongsi masa. Anak-anak belajar memahami bahawa ibu atau ayah mereka kadangkala pulang lewat kerana memenuhi amanah kepada anak-anak di YKSNS. Ada ibu bapa yang sentiasa mendoakan, ada ahli keluarga yang membantu mengurus program, menyediakan makanan, mengangkut barang atau sekadar memberikan semangat ketika keletihan.

Mungkin nama mereka tidak pernah tercatat dalam laporan atau gambar program, namun pengorbanan mereka menjadi sebahagian daripada kekuatan YKSNS.

Bagi pihak seluruh warga YKSNS, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan bukan sahaja kepada semua staf dan sukarelawan, malah kepada setiap ahli keluarga yang telah merestui, memahami dan berkongsi pengorbanan mereka.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang dilakukan, walaupun tidak terlihat oleh manusia, tidak akan pernah terlepas daripada pengetahuan Allah SWT. Semoga Allah membalas segala pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan dengan keberkatan, kesejahteraan dan ganjaran yang berlipat ganda.


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.