• Main
  • News

Pusat Jagaan Yksns Telah Beroperasi Hampir 22

Pusat Jagaan Yksns  Telah Beroperasi Hampir 22

Pusat Jagaan YKSNS telah beroperasi hampir 22 tahun untuk memberi perlindungan Kebajikan kepada kanak kanak termasuk mualaf. Waktu ini perkhidmatan penjagaan kebajikan lebih tertumpu kepada kanak kanak sehingga berumur 18 tahun.

Sepanjang kanak kanak ini menerima perlindungan Kebajikan mereka akan menerima manfaat pendidikan akademik di sekolah Kerajaan. Mereka berulang alike ke sekolah dengan van yang disediakan oleh YKSNS. Tambahan manfaatnya ialah keperluan pakaian, makan minum dan rawatan perubatan mengikuti keperluan.

Mereka juga menerima latihan dan kursus Kemahiran sama ada anjuran dalaman atau dengan kerjasama Pusat Pusat pengajian tinggi melalui pelajar intern Mereka.

Kanak kanak juga berpuasa dan menyambung iful fitri dan Idul Adha di Pusat ini. Alhamdulillah terdapat juga pelajar berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan menjawat jawatan tinggi di lapangan profesional masing masing.

Pada tahun ini terdapat 20 orang kanak kanak mendapat perlindungan di YKSNS. Jumlah ini termasuk 12 kanak kanak lelaki dan 8 kanak kanak perempuan. Masing masing bersekolah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah berdekatan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seramai 5 orang petugas bertugas sepenuhnya masa untuk menjaga keperluan kanak kanak.

Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengadu alukan mana mana pihak yang sudi secara ikhlas membantu dengan memberi sumbangan Dana mahupun keperluan makan minum sama ada bermasak atau barang kering untuk memenuhi keperluan semasa. Dana boleh disalurkan melalui May Bank 5550 2305 3553 dan sumbangan barang kering atau barang dapur boleh dihantar ke No. 1 Taman Cemerlang Kuala Pilah Negeri Sembilan 06 4831888 atau watsup 012-393 4840.

Kerjasama dan sokongan didahului dengan ucapan terima kasih. Balasan hanya daripada Allah swt.


About Us

  • Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan

    YKSNS merupakan sebuah NGO yang ditubuhkan sebagai usaha untuk membantu saudara baru bagi pemantapan Akidah mereka dan juga golongan yang memerlukan.